TINGKATAN 3

TEMA 7 : SUMBER


UNIT 6
SUMBER-SUMBER UTAMA

SUB TAJUK:

6.1 : Objektif
6.2 : Sumber-sumber Utama
6.3 : Jenis-jenis Sumber Utama
6.4 : Rumusan


6.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

  • Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
  • Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama, iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria.
  • Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui

6.2
SUMBER-SUMBER UTAMA

  • Tiga jenis sumber :
    1. Sumber semulajadi
    2. Sumber manusia
    3. Sumber budaya
  • Sumber semulajadi terdiri sumber hutan, tanih, air, matahari, haiwan dan mineral.
  • Sumber semulajadi dapat di bahagikan kepada dua jenis iaitu:

Sumber Boleh Diperbaharui
(Sumber yang bekalannya boleh diganti)
Sumber Tidak Boleh Diperbaharui
(Sumber yang habis apabila digunakan)
  • Sumber Hutan
  • Sumber Tanih
  • Sumber air
  • Cahaya Matahari
  • Angin
  • Udara
  • Haiwan

Bahan Api
  • Petroleum
  • Gas asli
  • Arang batu
Mineral
  • Bijih Timah
  • Besi
  • Emas
  • Kuprum

6.3
JENIS-JENIS SUMBER UTAMA
Sumber utama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
Sumber Utama Keterangan
1. Sumber Hutan
  • Tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar
  • Sumber yang boleh diperbaharui.
2. Sumber Air
  • Diperolehi dari paya, sungai dan tasik.
  • Sumber yang boleh diperbaharui.
3. Sumber Tanih
  • Lapisan atas permukaan bumi.
  • Sumber yang boleh diperbaharui.
4. Sumber Suria
  • Diperolehi dari cahaya matahari
  • Sumber yang boleh diperbaharui.
5. Sumber Mineral
  • Bahan galian yang dikeluarkan dari kerak bumi
  • Sumber yang tidak boleh diperbaharui.




UNIT 7
TABURAN PELBAGAI SUMBER


SUB TAJUK:

7.1 : Objektif
7.2 : Sumber Mineral
7.3 : Sumber Hutan
7.4 : Sumber Tenaga
7.5 : Sumber Tenaga Di Negara Lain
7.6 : Rumusan


7.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

  • Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan bukan logam
  • Menamakan jenis dan kawasan mineral di negara Malaysia
  • Menanda dan menamakan taburan mineral di atas peta negara Malaysia
  • Menyenaraikan sumber hutan negara Malaysia
  • Menamakan jenis dan kawasan hutan negara Malaysia
  • Menanda dan menamakan taburan hutan di atas peta negara Malaysia
  • Menyenaraikan sumber tenaga yang digunakan di negara Malaysia
  • Menamakan sumber tenaga dan taburannya di negara Malaysia
  • Menanda dan menamakan taburan sumber tenaga di atas peta negara Malaysia
  • Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara Malaysia
  • Membuat kesimpulan tentang penggunaan sumber tenaga negara Malaysia pada masa depan seperti kemajuan teknologi dan kitar semula
  • Menyenaraikan jenis-jenis sumber tenaga negara lain
  • Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara lain
7.2
SUMBER MINERAL

Jadual : Taburan dan kegunaan sumber mineral di Malaysia

Sumber Mineral
Keterangan
kegunaan
Lokasi / Taburan
Petroleum
Minyak yang di dapati dari kerak bumi.
Digunakan untuk menghasilkan petrol, parafin dan pelbagai bahan kimia.
  • Di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah
  • Di kawasan laut cetek, iaitu di kawasan Pentas Sunda
Gas Asli
Gas yang diperoleh dari kerak bumi
Digunakan sebagai bahan api dan bahan mentah untuk baja urea
  • Di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah
  • Di kawasan laut cetek, iaitu di kawasan Pentas Sunda
Kaolin
Tanah liat halus yang berwarna putih
Digunakan untuk membuat tembikar, menyalut kertas, membuat cat dan dalam perubatan
  • Perak (rizab sebanyak 50 juta tan metrik)- Bidor dan Tapah
  • Johor (rizab sebanyak 20 juta tan metrik) - Machap, Ayer Hitam
Bauksit
Bahan bakar tanah liat
Diguna untuk menghasilkan aluminium
  • Teluk Ramunia, Johor
  • Bukit Gebung, Lundu-Sematan dan Tanjung Seberang, Sarawak
  • Hanya dilombong di Teluk Ramunia sahaja
Emas
Logam berwarna kuning, lembut dan mudah ditempa
Digunakan untuk membuat barang-barang kemas seperti rantai, cincin dan Iain-lain
  • Raub, Pahang
  • Mamut, Sabah(hasil sampingan lombong kuprum)
Batu Kapur
Batu yang mengandungi kapur
Digunakan untuk menghasilkan simen
  • Perak, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah
  • Sarawak
Bijih Timah
Bijih yang mengandungi timah
Digunakan untuk menyadur tin, membuat piuter, pateri dan bateri
  • Timah aluvium dilombong di Lembah Kinta, Perak dan Lembah Langat, Selangor
Arang Batu
Arang keras yang digali dari kerak bumi
Bahan api, dibakar untuk menghasilkan haba
  • Kapit dan Silantek, Sarawak
  • Sabah
Kuprum
(Tembaga)
Logam kemerah-merahan yang boleh ditempa
Digunakan untuk membuat wayar pengalir elektrik
  • Bukit Jebong-Biawak, Kendai dan Bau di Sarawak
  • Mamut, Bukit Bidu-bidu di Sabah

7.4
SUMBER HUTAN

Jenis Hutan
Lokasi
Hutan Hujan Tropika

·         Kaki Banjanran Titiwangsa, Banjaran Keledang, Banjaran Bintang dan Tahan di Semenanjung.
·         Sri Aman, Miri dan Limbang di Sarawak
·         Kaki Banjaran Crocker, pedalaman Sandakan dan Tawau di Sabah.
Hutan Paya

Hutan Paya Air Tawar

·         Tasik Chini, Rompin, Mersing, Air Hitam, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Dataran Hilir Perak di Semenanjung.
·         Sungai Lupar, muara Sungai Rajang dan Marudi di Sarawak.

Hutan Paya Air Tawar

·         Muara Sungai Merbuk, Nibung Tebal , Parit Buntar, Larut Matang dan Masai di Semenanjung.
·         Sibuyau dan Kabong di Sarawak
·         Teluk Marudu dan Teluk Darvel di Sabah.
Hutan Pantai
·         Pantai Cahaya Bulan, Merchang, Tanjung Rhu dan Desaru.
·         Pulau Talang-Talang di  Sarawak.
·         Pulau Sipadan, Sabah.
Hutan Gunung
·         Banjanran Titiwangsa, Banjaran Keledang, Banjaran Bintang dan Tahan di Semenanjung.
·         Banjaran Crocker di Sabah.
·         Banjaran Tama Abu dan Iran di Sarawak.

7.5
SUMBER TENAGA

Jenis Tenaga
Kegunaan/Lokasi
Hidroelektrik

·         Sumber tenaga elektrik.
·         Empangan Kenyir di Terengganu, Empangan Temenggor dan Chenderoh di Perak, Empangan Pelagus dan Batang Ai di Sarawak, dan Empangan Tenom Pangi di Sabah.
Tenaga Suria

·         Sumber tenaga.
·         Aktiviti pengeringan perusahaan keropok, ikan kering dan batik.
·         Pengeluaran kuasa elektrik rendah bagi kegunaan telefon, radia dan lampu isyarat di merata tempat di Malaysia.
Arang Batu
·         Sumber tenaga elektrik.
·         Stesen Jana kuasa elektrik Terma Manjung dan Stesyen jana Kuasa Sultan Abd Aziz di Kapar, Selangor.
Tenaga Biomas
·         Sumber tenaga .
·         Pembakaran kayu api dan arang kayu. Tenaga dari pereputan sisa organik seperti hampas dan tandan sawit, sekam padi, hampas tebu, habuk kayu dan buangan haiwan.
Tenaga Nuklear
·         Penyelidikan dan Pembangunan
·         Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) di Bangi.


7.6
SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN

1. Tenaga Suria Di Jepun

Faktor-faktor yang menggalakkan:
  • Tahap teknologi tinggi
  • Bekalan petroleum dan arang batu tidak mencukupi
  • Permintaan yang tinggi kerana penduduk ramai, perindustrian maju, dan taraf hidup tinggi
Bagaimana tenaga diperolehi
  • Memperoleh tenaga elektrik melalui tenaga suria dengan memasang alat fotovoltaic di bumbung rumah
Kegunaan tenaga suria:
  • Memanaskan air kolam renang
  • Memanaskan air di restoran, hotel, dan rumah
  • Stesen pemancar radio dan televisyen
  • Mengepam air ke rumah dan  kawasan pertanian
  • Bot menggunakan bateri tenaga suria
  • Mengeringkan makanan, ikan, dan hasil pertanian
  • Papan tanda di tepi jalan raya
  • Mengawal lampu isyarat
2. Tenaga Ombak Di Perancis

Kaedah:
  • Saluran  terus : ombak diempang ke kawasan lebih tinggi dari laut dan dibiarkan mengalir ke    bawah bagi menggerakkan turbin.
  • Kolam   berayun :  udara  diasak ke atas apabila ombak memasuki satu saluran tegak dari bawah. Tekanan air di dalam jatuh dan menggerakkan turbin apabila ombak berundur.
  • Pelampun : tenaga kinetik dihasilkan bagi menggerakkan turbin apabila pergerakan pelampung menggerakkan pam hidraulik piston.
Kegunaan:
  • Memutar roda pengisar bijirin yang terdapat di sepanjang pantai
  • Menjana kuasa elektrik
  • Menggerakkan pam air, gergaji, danmesin
  • Stesen tenaga ombak:
  • Sungai ranee, st. Malo
  • Mont saint michael
  • Arguenon
3. Tenaga Pasang Surut Di China

Faktor yang menggalakkan:
  • kawasan pantai mengalami arus pasang  surut yang deras
  • Pada awalnya digunakan untuk mengepam air bagi tujuan pengairan. 
Kaedah:
  • Empangan : pintu empangan dibuka semasa air pasang. Air diempang sehingga paras tertinggi. Apabila air surut, air yang diempang dilepaskan untuk memusingkan turbin.
  • Arus pasang surut; aliran arus yangkuat di kawasan laut cetek memusingkan turbin yang terletak di dalam laut.
Kegunaan:
  • Menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik yang digunakan untuk
  • Lampu rumah
  • Kilang kecil
  • Kawasan kebun kecil
  • Stesen tenaga pasang surut terdapat di
    1. Zhejiang
    2. Jiangxia
    3. Baishakou
    4. Guozishan
    5. Xingfuyang
4. Tenaga Angin Di Belanda

Faktor yang menggalakkan:
  • Terdedah kepada tiupan angin yang kuat
  • Menghadap laut utara
  • Pada peringkat awal, kincir angin digunakan untuk
  • Mengepam air
  • Mengisar gandum dan jagung
  • Memecahkan biji sawi menaburkan bijirin
  • Sekarang:
  • Menjana kuasa elektrik dengan memasang turbin angin di tempat lapang
Kaedah:
  • Tenaga angin memutarkan turbin angin dan menggerakkan generator yang an menggerakkan generator  pam dipasang di dalamnya
  • Generator menghasilkan  kuasa elektrik yang dibekalkan ke rumah, pejabat, dan kilang kecil serta penduduk di kawasan luar bandar
Lokasi pemasangan turbin angin:
  • Tepi pantai
  • Tengah laut
5. Tenaga Biomas Di India

Sumber:
  • Sisa ladang
  • Sisa tanaman
  • Sisa habuk kayu gergaji
  • Najis haiwan/najis ternakan
  • Kegiatan pertanian dan penternakan yang luas dijalankan membekalkan bahan yang banyak untuk menghasilkan tenaga biomas. Hampir 15% tenaga biomas digunakan oleh penduduk bandar dan 85% digunakan oleh penduduk luar bandar.
Kegunaan:

  • Kayu api, jerami padi, dan rumput kering digunakan sebagai  bahan bakar dalam industri kecil
  • Haba yang dihasilkan daripada pembakaran biomas digunakan untuk memasak,  memanaskan air,  dan menerangkan rumah
  • Biogas dihasilkan melalui pemprosesan bahan kumuh haiwan
  • Gas metana dan etana digunakan untuk memasak air dan menyalakan lampu
  • Biomas dibakar untuk mendidihkan air bagi mengeluarkan wap untuk memutarkan  turbin  generator  bagi menghasilkan tenaga elektrik
6. Tenaga Geoterma Di Iceland

Faktor yang menggalakkan:
  • Terletak di kawasan gunung berapi yang masih aktif
  • Kolam geoterma, iaitu air kolam bawah tanah yang dipanaskan oleh magma akan menghasilkan wap panas apabila mencapai takat didih.
  • Wap panas ini muncul di permukaan bumi melalui rekahan dan membentuk geiser, iaitu sebuah perigi air panas.
Kegunaan:
  • Kolam geoterma bersuhu kurang daripada 150°C
  • Memanaskan rumah
  • Memasak
  • Kolam geoterma bersuhu lebih daripada 200°C
  • Menghasilkan tenaga elektrik
Kegunaan lain:
  • Mencairkan salji
  • Memanaskan kolam renang
  • Memanaskan rumah hijau
Kawasan pengeluaran tenaga geoterma:
  • Reykir
  • Hengill
  • Krisuvile
  • Nasjavellir


No comments:

Post a Comment