TINGKATAN 1


TEMA 1 : BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

UNIT  6
BENTUK MUKA BUMI

SUB TAJUK:

6.1 : Objektif
6.2 : Kepelbagaian Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
6.3 : Kedudukan Dan Keistimewaan Pelbagai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia
6.4 : Rangkaian Banjaran Gunung Di Malaysia
6.5 : Bagaimanakan Banjaran Gunung Terbentuk
6.6 : Tanah Pamah
6.7 : Pinggir Laut
6.8 : Pola Saliran
6.9 : Sungai Dan Tasik Di Malaysia
6.10: Rumusan


6.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

  • Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi Malaysia, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir pantai.
  • Menghuraikan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia.
  • Memahami sistem gunung lipat muda dan gunung lipat tua
  • Mengetahui pelbagai bentuk muka bumi pinggir laut Malaysia
  • Memahami profil panjang dan profil rentas sungai.
6.2
KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

  • Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah.
  • Terdapat tanah tinggi, tanah pamah, lembangan sungai dan pinggir laut.
  • Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi.
  • Malaysia mempunyai banyak banjaran, contohnya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker dan Banjaran Kapuas Hulu yang bergunung-ganang. Ketinggian gunung-ganang ini berbeza-beza
6.3
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

  • Malaysia terletak dipersimpangan jalan laut dan laluan udara antarabangsa, iaitu dari timur ke barat dunia.
  • Kedudukan yang strategik ini menjadikannya masyhur dan penting sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
  • Banyak kapal-kapal dari barat seperti Eropah dan Amerika yang menggunakan laluan di Selat Melaka untuk ke negara-negara timur seperti Jepun dan China.
  • Bentuk muka bumi yang pelbagai itu memungkinkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan seperti pelancongan, perikanan dan pertanian.
6.4
RANGKAIAN BANJARAN GUNUNG DI MALAYSIA

  • Pada umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang bergunung-ganang. 
  • Kawasan tanah tinggi yang terdapat di Malaysia ialah di sekitar: 
    1. Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
    2. Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak

  • Kawasan tanah tinggi mempunyai kepentingannya yang tersendiri iaitu : 
    1. Kawasan pembalakan
    2. Kawasan tadahan air dan legeh
    3. Pusat peranginan
    4. Tapak penjanaan kuasa hidro elektrik
    5. Kawasan pertanian

  • Banjaran gunung yang utama di Semenanjung Malaysia ialah :
    1. Banjaran Titiwangsa 
    2. Banjaran Bintang 
    3. Banjaran Keledang 
    4. Banjaran Tahan
    5. Banjaran Pantai Timur

  • Banjaran-banjaran gunung yang utama di Sabah ialah :  
    1. Banjaran Crocker
    2. Banjaran Brassey 
    3. Banjaran Maitland 
    4. Banjaran Trus Madi

  • Banjaran gunung yang utama di Sarawak ialah :  
    1. Banjaran Tama Abu 
    2. Banjaran Kapuas Hulu
    3. Banjaran Iran 
6.5
BAGAIMANAKAN BANJARAN GUNUNG TERBENTUK

·        Pergerakan dan pertembungan plat tektonik yang menghasilkan kuasa mampatan menyebabkan lapisan-lapisan batuan di kawasan pertemuan terhimpit dan menyebabkan permukaan bumi  berkedut-kedut atau terlipat.
·        Lapisan yang melengkung ke atas dikenali sebagai lintap mungkum (antiklin) yang membentuk gunung lipat manakala lipatan yang melengkung ke bawah dikenali sebagai lintap lendut (sinklin) yang membentuk lembangan.

Jenis-Jenis Lipatan

Gunung Lipat Muda 
Gunung Lipat Tua
Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu 
Terbentuk kira-kira 200 hingga 350 juta tahun dahulu
Kebanyakannya amat tinggi, tidak sekata dan kasap 
Kebanyakannya agak rendah, kurang daripada 2000 meter dari aras laut kerana telah mengalami proses penggondolan
Contoh: Banjaran Himalaya, Banjaran Andes, Banjaran Rocky, Banjaran Alps dan Banjaran Atlas 
Contoh: Banjaran Ural, Pergunungan Appalachian, Banjaran Pemisah Besar dan Pennines.


6.6
TANAH PAMAH

  • Kawasan tanah pamah di Malaysia biasanya terletak di lembah-lembah sungai dan berhampiran dengan pinggir laut.
  • Kawasan-kawasan tanah pamah yang utama ialah Dataran Pantai Timur, Dataran Pantai Barat, Dataran Selatan, Dataran pantai Sarawak dan Sabah.

Dataran Pantai Timur,
  • Dataran Pantai Timur yang luas dan subur terdiri daripada: 
    1. Delta Kelantan
    2. Delta Terengganu
    3. Delta Pahang 
Dataran Pantai Barat
  • Dataran Pantai Barat menganjur dari utara negeri Perlis hingga ke selatan negeri Melaka. Dataran ini termasuk: 
    1. Dataran Kedah - Perlis
    2. Dataran Hilir Sungai Perak
    3. Dataran Pantai Selangor
    4. Dataran Pantai Johor
    5. Dataran Seberang Perai 
Dataran Selatan
  • Dataran di selatan Semenanjung Malaysia pula adalah :
    1. Beralun, berbukit-bakau dan juga berpaya.Sebahagian besar kawasan ini ditanami dengan getah, kelapa sawit dan nanas.
    2. Dataran pantai timur Sabah lebih lebar, tetapi sebahagian besarnya berpaya. Dataran pantai barat Sabah lebih maju walaupun sempit dan terputus-putus. 
Kawasan tanah pamah di Sabah
  • Kawasan tanah pamah yang luas di Sabah terdapat di : 
    1. Sekitar Sungai Kinabatangan
    2. Semenanjung Semporna
    3. Bahagian hilir Lembah Segama
    4. Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama
Kawasan tanah pamah di Sarawak
  • Dataran pantai Sarawak adalah lebar iaitu antara 30 - 65km lebarnya. Ia terdiri daripada delta-delta yang luas dan bertanih lanar seperti: 
    1. Delta Rajang 
    2. Delta Baram 
Kepentingan kawasan tanah pamah 
  1. Sebagai kawasan pertanian
  2. Sebagai kawasan perlombongan
  3. Sebagai tapak petempatan
  4. Sebagai tumpuan jalan raya dan jalan keretapi
6.7
PINGGIR LAUT

  • Malaysia terletak di dalam kawasan Pentas Sunda. Oleh itu laut di sekeliling Malaysia adalah cetek dan kedalamannya adalah lebih kurang 180 meter. 
  • Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
  • Bentuk-bentuk muka bumi di kawasan pinggir laut adalah: Pantai Berpasir , Pantai Berlumpur, Pulau, Tanjung Dan Teluk, Tebing Tinggi, Pentas Benua.

Bentuk Muka Bumi
Ciri
Kepentingan
Contoh Kawasan
Pinggir Pantai
·       Timbunan pasir dan batu kelikir sepanjang kawasan pinggir laut.
·       Mempunyai permatang pasir yang panjang, indah dan bersih.
·       Kawasan pelancongan dan perkelahan
·       Kawasan penanaman kelapa
·       Port Dickson, Negeri Sembilan
·       Pantai Cahaya Bulan Kelantan
·       Bati Feringhi Pulau Pinang
Pantai Berlumpur
·       Kawasan pinggir laut yang dilanda oleh air laut.
·       Ditumbuhi pokok bakau
·       Membekalkan sumber kayu bakau.
·       Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan.
·       Sekitar muara Sungai Perak, Perak
·       Muara Sungai Rejang, Sarawak
Pulau
·       Sebuah daratan yang dikelilingi oleh laut.
·       Terbentuk akibat kenaikan dan kejatuhan aras laut
·       Kawasan pelancongan.
·       Pelabuhan perikanan.
·       Pelabuhan antarabangsa
·       Pulau Langkawi, Kedah
·       Pulau Tioman, Pahang
·       Pulau Redang, Terengganu
Tanjung
·       Daratan yang menganjur kelaut
·       Terdiri dari lapisan batuan keras yang tahan hakisan
·       Kawasan rekreasi dan pelancongan
·       Tanjung Bidara, Melaka
·       Tanjung Dawai, Kedah
·       Tanjung Datu, Sarawak
Teluk
·       Kawasan antara dua tanjung
·       Menganjur masuk ke daratan
·       Terlindung daripada tiupan angin dan ombak
·       Petempatan nelayan
·       Tapak pelabuhan
·       Kawasan perikanan
·       Kawasan perkelahan
·       Teluk Kemang, Negeri Sembilan
·       Teluk Ramunia, Johor
·       Teluk Kimanis, Sabah
·       Teluk Mahkota Pahang
Tebing Tinggi
·       Condong samada ke arah lautan atau daratan
·       Bercerun curam
·       Batuan keras
·       Kawasan rekreasi dan pelancongan
·       Tapak rumah api
·       Tebing Tinggi Kudat, Sabah
·       Tebing Tinggi Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Pentas Benua
·       Bahagian dasar laut yang cetek lanjutan dari pinggir laut
·       Kedalaman tidak melebihi 180 meter
·       Kawasan perikanan
·       Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
·       Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak


6.8
SUNGAI DAN TASIK DI MALAYSIA

Sungai Di Malaysia 

Sungai Pahang (400 km) ialah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai Rajang (563km) ialah sungai terpanjang di Sarawak dan di Malaysia. Sungai Kinabatangan (560 km) ialah sungai terpanjang di Sabah.
Ciri-ciri saliran 
Sungai-sungai di Malaysia sentiasa menakung banyak air kerana negara kita menerima hujan yang lebat sepanjang tahun.  Sungai-sungai ini berpunca dari kawasan tanah tinggi dan mengalir di antara banjaran gunung : 
  • Mengikut arah barat ke timur di Sabah dan Sarawak
  • Mengikut arah utara ke selatan di Semenanjung Malaysia.
Kepentingan sungai-sungai di Malaysia
  • Sempadan semulajadi, contohnya Sungai Bernam antara Perak dan Selangor. 
  • Sebagai jalan pengangkutan, contoh Sungai Kinabatangan boleh dimudiki sejauh 100 km dari muaranya. 
  • Sebagai jalan pengangkutan untuk menghanyutkan balak dari kawasan pembalakan di pedalaman ke kilang atau ke pelabuhan. 
  • Membekalkan air ke kawasan tanaman padi, misalnya Rancangan Pengairan Muda dan Rancangan Pengairan Kemubu. 
  • Membekalkan air untuk menjana kuasa hidro elektrik seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Temenggor.
  • Sumber ikan, ketam dan udang air tawar bagi penduduk tempatan.
2. Tasik Di Malaysia 

Tasik-tasik yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis: 
  • Tasik semulajadi (contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini).
  • Tasik buatan manusia (contohnya Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor).
Tasik-tasik ini penting sebagai: 
  • Sumber ikan air tawar. 
  • Sumber bekalan air. 
  • Tempat rekreasi dan pelancongan. 
  • Pusat penjanaan kuasa hidroelektrik (Tasik Kenyir).

UNIT 7
POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA


SUB TAJUK:

7.1 : Objektif
7.2 : Potensi Kawasan Tanah Tinggi
7.3 : Potensi Kawasan Tanah Pamah
7.4 : Potensi Kawasan Pinggir Laut
7.5 : Potensi Saliran
7.6 : Perbandingan Pentingnya Pelbagai Bentuk Muka  Bumi Di Malaysia
        Dan Di Negara Lain
7.8 : Bentuk Muka Bumi Sebagai Halangan Terhadap Kegiatan Manusia
7.3 : Rumusan


7.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

  • Menyatakan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia terhadap kegiatan manusia
  • Menjelaskan dengan contoh kepentingan bentuk muka bumi tanah tinggi, tanah pamah, pinggir laut dan saliran terhadap pembangunan Malaysia.
  • Membandingkan dan membezakan kepentingan pelbagai bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia antara Malaysia dengan negara lain.
  • Menyenarai bentuk muka bumi yang menghalang kegiatan manusia.
  • Menjelaskan dengan contoh halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.
  • Merangkakan langkah-langkah mengurangkan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

7.2
POTENSI KAWASAN TANAH TINGGI

  • Kawasan tanah tinggi di negara kita memainkan peranan penting terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara.
  • Antara potensi atau kepentingan tanah tinggi terhadap kegiatan manusia dan pembangunan negara ialah sebagai 
1.      Pusat peranginan / pelancongan
2.      Kawasan tadahan
3.      Kawasan penjana kuasa hidroelektrik
4.      Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana

1.  Pusat peranginan / pelancongan

  • Kawasan tanah tinggi yang indah, pemandangan yang menghijau serta udara yang nyaman dan segar sesuai dibangunkan sebagai pusat peranginan atau pelancongan.
  • Contoh kawasan tanah tinggi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan ialah:
a)      Tanah Tinggi Genting
b)      Tanah Tinggi Cameron
c)      Bukit Larut
d)      Bukit Bendera
          e)      Gunung Kinabalu
          f)       Gunung Ledang
         g)     Gunung Tahan

  • Selain itu, gua batu kapur yang indah dan menarik di sesetengah bukit atau gunung juga dimajukan sebagai pusat pelancongan. Misalnya:
a)      Gua Niah (Sarawak)
b)      Gua Mulu (Sarawak)
         c)        Gua Sam Poh (Perak)
         d)       Batu Caves (Selangor)

  • Kawasan tanah tinggi yang dimajukan sebagai pusat peranginan dapat menambahkan peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan, agensi pelancongan dan perniagaan cenderahati.
  • Pertambahan bilangan pelancong akan menyebabkan pendapatan negara meningkat.
2.  Kawasan tadahan

  • Kawasan tanah tinggi yang diliputi oleh hutan tebal adalah penting sebagai kawasan tadahan. Kawasan tadahan merupakan kawasan tanah tinggi yang merupakan punca sungai kerana menerima hujan yang lebat.
  • Contoh sungai yang berpunca dari kawasan tanah tinggi di Malaysia ialah:
a)     Sungai Pahang (Banjaran Titiwangsa)
b)     Sungai Perak (Banjaran Bintang)
c)        Sungai Kinabatangan ( Banjaran Brassey)
d)       Sungai Rajang (Banjaran Iran)



  • Kawasan tanah tinggi penting dalam menjamin sumber bekalan air untuk kegiatan:
a)     Demenstik
b)     Pertanian
           c)       Perindustrian
          d)       Perlombongan



3. Kawasan penjana kuasa hidroelektrik

  • Kawasan tanah tinggi yang disaliri oleh sungai yang deras dapat dimajukan untuk menjana kuasa hidroelektrik.
  • Antara empangan yang dibina di kawasan tinggi untuk menjana kuasa hidroelektrik di negara kita ialah
a)      Empangan Temenggor
b)      Empangan Chenderoh
c)      Empangan Kenyir
               d)         Empangan Batang Ai
               e)         Empangan Tenom Bangi



4. Kawasan penanaman tanaman hawa sederhana

  • Kawasan tanah tinggi yang ditanam dengan tanaman hawa sederhana di Malaysia ialah:
a)      Tanah Tinggi Cameron (Foto)
b)      Tanah Tinggi Kundasang

  • Tanaman-tanaman utama yang ditanam adalah:
a)      Teh
b)      Sayur-sayuran
c)      Bunga-bungaan
d)      Buah-buahan


7.3
POTENSI KAWASAN TANAH PAMAH

Kawasan tanah pamah di Malaysia mempunyai kepentingan sebagai kawasan:
  • Pertanian
  • Perlombongan
  • Perindustrian
  • Pengangkutan
  • Petempatan Dan Bandar Utama
1. Pertanian
  • Kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tanah pamah adalah penting kerana ia:
·         Menyediakan peluang pekerjaan
·         Menambahkan sumber makanan (beras)
·         Merupakan sumber pendapatan negara (eksport minyak sawit dan getah)

2. Perlombongan
  • Kawasan tanah pamah juga dibangunkan untuk kegiatan perlombongan kerana kawasan ini kaya dengan sumber mineral seperti di Lembah Kinta dan kuala Langat (bijih timah), Mamut (kuprum), Teluk Ramunia (bauksit), Lubuk Mandi dan Bau (emas)
3. Perindustrian
  • Kawasan tanah pamah juga sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perindustrian.
  • Antaranya contoh kawasannya ialah seperti Lembah Klang, Peri, Bintulu, Bayan Lepas, Inanam.
4. Pengangkutan
  • Kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan jalinan pengangkutan. Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana:
a)      Tidak perlu meratakan tanah tinggi
b)      Tidak perlu menebus guna kawasan paya
c)      Tidak perlu membina jambatan
d)     Menjimatkan kos pembinaan

5. Petempatan Dan Bandar Utama
  • Kawasan tanah pamah penting sebagai kawasan petempatan. Ini kerana kebanyakkan kegiatan ekonomi bertumpu di kawasan tanah pamah. Maka kawasan tanah pamah merupakan kawasan tumpuan penduduk.
  • Bandar-bandar utama dalam negara juga bertumpu di kawasan tanah pamah seperti bandaraya Kuala Lumpur, Bandar Melaka Johor Bahru, Kelantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

7.4
POTENSI KAWASAN PINGGIR LAUT

  • Kawasan Pinggir Laut di Malaysia mempunyai kepentingan terhadap kegiatan manusia. Antara kepentingan tersebut ialah sebagai :
a)      Pusat Perikanan
b)      Tapak Pelabuhan
c)      Pusat Pelancongan

1. Pusat Perikanan
  • Kawasan pinggir laut yang berteluk dan terlindung sesuai dibangunkan sebagai:
a)      Tapak pelabuhan perikanan
b)      Tapak perkampungan nelayan
c)      Kawasan perikanan

  • Pembangunan kawasan pinggir laut sebagai pusat perikanan dapat:
a)      Menyediakan peluang pekerjaan serta sumber pendapatan bagi penduduk pinggir laut.
b)      Menambahkan bekalan makanan protein tempatan
c)      Menambahkan eksport ikan bagi menambahkan pendapatan negara
d)      Menggalakkan  industri sampingan seperti:
e)      Membuat keropok ikan
f)        Membuat jala dan jaring serta kapal menangkap ikan
g)      Industri memproses dan mengetin ikan

2. Tapak Pelabuhan
  • Kawasan pinggir laut yang panjang dan  berteluk sesuai dimajukan sebagai tapak pelabuhan. 
  • Kawasan pinggir laut yang dijadikan tapak pelabuhan di Malaysia ialah: 
a)      Pelabuhan Pulau Pinang
b)      Pelabuhan Kelang
c)      Pelabuhan Miri
d)     Pelabuhan Bintulu 
                 e)     Pelabuhan Kota Kinabalu
                 f)       Pelabuhan Pasir Gudang
                g)       Pelabuhan Kuching
                h)       Pelabuhan Kuantan

3. Pusat Pelancongan
  • Kawasan pinggir laut negara yang bersih dan berpasir sesuai dimajukan sebagai pusat pelancongan.
  • Contoh pusat pelancongan pinggir laut yang terkenal ialah:
a)      Rantau Abang 
b)      Port Dickson
c)      Teluk Cempedak
                  d)       Batu Feringgi
                  e)        Pantai Cahaya Bulan

  • Selain itu, pulau-pulau yang terdapat dipinggir laut juga merupakan daya tarikan pelancong. Contohnya seperti
a)      Pulau Bidong 
b)      Pulau Redang 
c)      Pulau Kapas 
d)     Pulau Perhentian 
                 e)      Pulau Tenggol
                 f)      Pulau Langkawi
                 g)     Pulau Tioman
                 h)     Pulau Gaya

7.5
POTENSI SALIRAN

  • Sistem saliran di negara kita juga mempunyai kepentingan tertentu dalam kegiatan manusia.
  • Antara kepentingan tersebut ialah sebagai:
a)      Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal
b)      Sumber tenaga dan bekalan air
c)      Kawasan pertanian
d)     Jalan pengangkutan
e)      Kawasan pelancongan
f)       Kawasan perikanan air tawar
g)      Sempadan semula jadi

7.6
PERBANDINGAN PENTINGNYA PELBAGAI BENTUK MUKA  BUMI DI MALAYSIA DAN DI NEGARA LAIN

Jenis Bentuk Muka Bumi Dan Kepentingan
Persamaan Dan Perbezaan
Malaysia
Luar Malaysia
Pelancongan Di Tanah Tinggi
·         Pelancongan penting dan berpotensi untuk dimajukan
·         Tarikan utama : Suhu yang nyaman
Switzerland
·         Penting dan dimajukan
·         Tarikan utama: pemandangan kawasan pergunungan bersalji yang indah, meluncur salji dan mendaki gunung
Pertanian Di Cerun Bukit


·         Penanaman di cerun terhad
·         Sayur dan bunga ditanam di teres di Tanah Tinggi Cameron
·         Pokok getah dan kelapa sawit ditanam di cerun-cerun bukit.
Pulau Jawa, Indonesia

·         Meluas kerana tanah pamah terhad
·         Cerun bukit yang bertanih lava bes subur untuk tanaman seperti padi
Pengangkutan Sungai


·         Kurang penting kecuali di Sabah dan Sarawak
·         Membawa penumpang, mengangkut kayu balak dan padi
Thailand

·         Penting kerana pengangkutan darat terhad
·         Membawa penumpang mengangkut kayu balak dan padi
Perikanan Di Tasik


·         Tidak begitu penting kerana saiz tasik yang tidak besar.
·         Hasil tangkapan sedikit
·         Pekerjaan sambilan
Tasik Tonle Sap, Kampuchea

·         Penting kerana tasik besar
·         Hasil tangkapan banyak
·         Pekerjaan utama


7.7
BENTUK MUKA BUMI SEBAGAI  HALANGAN TERHADAP KEGIATAN  MANUSIA

1. Halangan Tanah Tinggi Terhadap Kegiatan Manusia

  • Cerun-cerun yang curam di kawasan tanah tinggi boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh dan hakisan tanih.
  • Kejadian hakisan tanih dan tanah runtuh akan memusnahkan tanaman, harta benda dan kemudahan awam serta mengormabkan nyawa.
  • Ia juga akan menyukarkan pembangunan petempatan, pertanian dan pembinaan jalinan pengangkutan.
  • Cara-cara untuk mengatasi halangan tanah tinggi ini ialah:
a)      Menanam pokok dan rumput yang cepat tumbuh dan menjalar di lereng bukit.
b)      Pembinaan tembok batu dan simen
c)      Pembinaan lereng, teres dan parit dicerun bukit yang curam.

2. Halangan Tanah Pamah Terhadap Kegiatan Manusia

  • Kawasan tanah pamah yang rendah adalah berpaya dan sentiasa berair. Keadaan ini menyebabkan masalah banjir sering terjadi.
  • Kejadian banjir akan menyebabkan aktiviti manusia seperti pertanian, petempatan dan pembinaan jalinan pengangkutan sukar dijalankan.
  • Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
a)      Menebus guna kawasan paya dengan tanah.
b)      Membina parit atau tali air untuk mengeringkan kawasan tersebut.
c)      Membina tembok atau benteng untuk menghalang kemasukan air dari sungai atau laut.

3. Halangan Pinggir Laut Terhadap Kegiatan Manusia

  • Tebing tinggi yang curam di pinggir laut menyebabkan aktiviti pembinaan sukar dijalankan. Hakisan ombak yang kuat di kawasan ini akan melonggarkan struktur batuan dan tanih di pinggir laut.
  • Akibat dari tindakan ini akan menyebabkan terjadinya tanih runtuh akan mengancam keselamatan manusia dan merosakkan harta benda.
  • Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah:
a)      Membina tembok untuk mengurangkan kadar hakisan ombak.
b)      Membina benteng di tepi pantai supaya air laut tidak melimpah ke daratan.

4. Halangan Saliran Terhadap Kegiatan Manusia

  • Arus sungai yang deras di peringkat hulunya menyukarkan pengangkutan air kerana boleh membahayakan bot atau kapal-kapal kecil. Manakala sungai yang berliku-liku di peringkat hilirnya pula menyukarkan aktiviti pelayaran.
  • Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi halangan sungai ini terhadap kegiatan manusia ialah:
a)      Membina empangan atau kolam untuk memperlahankan aliran sungai
b)      Meluruskan aliran sungai di peringkat hulunya.



UNIT  8
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR


SUB TAJUK:

8.1 : Objektif
8.2 : Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar
8.3 : Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan  Manusia Terhadap  
         Alam Sekitar
8.3 : Rumusan


8.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

  • Menyenaraikan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
  • Menjelaskan dengan contoh kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
  • Menganalisis kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengurangkannya.
  • Merumus kesan jika alam sekitar tidak terpelihara.
8.2
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

  • Dalam pembangunan sesebuah negara, pelbagai kegiatan telah dilakukan oleh manusia.
  • Kegiatan-kegiatan ini ada yang mendatangkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar.
  • Diantara kegiatan-kegiatan utama manusia yang menyumbangkan kesan buruk ini ialah:
a)      Kesan kegiatan penebangan hutan atau pembalakan terhadap alam sekitar
·         Hakisan tanih dan ketandusan tanih
·         Banjir dan pencemaran sungai
·         Hidupan sungai terancam
·         Krisis air
·         Kepupusan flora dan fauna

b)      Kesan kegiatan pertanian terhadap alam sekitar
·         Pencemaran
·         Hakisan tanah
·         Banjir
·         Menganggu ekosistem

c)      Kesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar
·         Hakisan tanih
·         Perubahan landskap
·         Kepupusan flora dan fauna

d)     Kesan perindustrian terhadap alam sekitar
·         Pencemaran alam
·         Peningkatan suhu bumi
·         Perubahan landskap

8.3
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN  MANUSIA TERHADAP  ALAM SEKITAR

Antaranya termasuklah menjalankan :

  • Penanaman semula
  • Penggunaan kaedah biologi dalam pertanian
  • Pemeliharaan cerun tinggi
  • Hutan simpan dan taman negara
  • Menjalankan pertanian tetap
  • Mengawal penggunaan racun perosak dan racun rumpai
  • Mengawal kegiatan pembalakan
  • Penanaman berteres
  • Tanaman tutup bumi

No comments:

Post a Comment