TINGKATAN 2


TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK


UNIT 7
TABURAN PENDUDUK

SUB TAJUK:

7.1 : Objektif
7.2 : Pengenalan
7.3 : Taburan Penduduk Negara Malaysia
7.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi  Taburan Penduduk Negara Malaysia
·         Bentuk Muka Bumi Dan Tanih
·         Dasar Kerajaan / Governan
·         Pengangkutan Dan Perhubungan
·         Kegiatan Sosio-Ekonomi
·         Sumber Mineral
·         Perkhidmatan Dan Pendidikan
7.5 : Rumusan


7.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :
  • Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia.
  • Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia.
  • Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara Malaysia
7.2
PENGENALAN

  • Taburan penduduk ialah sebaran penduduk di sesuatu kawasan.
  • Kepadatan penduduk Malaysia ialah 71 orang setiap kilometer persegi. 
Negeri
Jumlah penduduk
(orang)
Luas kawasan
(km2)
Kepadatan penduduk
(setiap km2)
Johor
2 740 625
18 987
144
Kedah
1 649 756
9 425
175
Kelantan
1 313 014
15 024
87
Melaka
635 791
1 652
385
N. Sembilan
859 924
6 644
129
Pahang
1 288 376
35 965
36
Perak
2 051 236
21 005
98
Perlis
204 450
795
257
Pulau Pinang
1 313 449
1 031
1 274
Selangor
4 188 876
7 960
526
Terengganu
898 825
12 955
69
WP K. Lumpur
1 379 310
243
5 676
Sabah
2 603 485
73 619
35
Sarawak
2 071 506
124 450
17
WP Labuan
76 067
92
827
Taburan Penduduk Di Malaysia Pada Tahun 2000

7.3
TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA

  • Jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang.
  • Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah, dan 8.9% tinggal di Sarawak.
  • Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta), diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta).
  • Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta).
  • Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.
1. Kawasan Berpenduduk Padat Di Malaysia

  • Kepadatan penduduk melebihi daripada 200 orang sekilometer persegi.
  • Tumpuan di ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan, dan pusat perindustrian.
  • Bangunan dan rumah dibina rapat-rapat untuk menampung bilangan penduduk yang ramai.
  • Contoh kawasan:
Ibu negeri
Johor Bahru, Kuantan, Seremban, Melaka, Kuching
Pertanian
Dataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, Dataran Kelantan
Perlombongan
Lembah Kinta, Lembah Klang
Perindustrian dan perniagaan
Lembah Klang, Shah Alam

2. Kawasan Berpenduduk Sederhana Di Malaysia

  • Kepadatan penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  • Tumpuan di kawasan pertanian dan perikanan.
  • Contoh kawasan:
    • Kawasan tanah rendah dan beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia, kawasan Kelantan Utara, Kuala Terengganu.
    • Pantai barat Sabah dan Sarawak
    • Sepanjang lembah Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan
    • Kawasan Rancangan Kemajuan Tanah
    • Bandar-bandar seperti Kerteh, Mersing, Miri, Bintulu, Sandakan
3. Kawasan Berpenduduk Jarang Di Malaysia

  • Kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  • Kawasan tanah tinggi, pedalaman yang berhutan tebal, dan kawasan berpaya.
  • Contoh kawasan:
    • Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak
    • Kawasan berpaya di pantai timur Sabah, Sarawak, dan Johor
    • Sekitar Tasik Chini
7.4
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA

1. Bentuk Muka Bumi Dan Tanih

Tanah pamah
  • kawasan padat penduduk kerana:
  • Memudahkan pembinaan petempatan serta jaringan pengangkutan dan perhubungan.
  • Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian.
  • Kawasan bersaliran baik seperti lembah sungai.
  • Contoh: Taiping, sekitar Johor Bahru, Sibu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur
Kawasan gunung dan berhutan tebal
  • Taburan penduduk jarang kerana:
  • Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jaringan pengangkutan dan perhubungan.
  • Kegiatan pertanian sukar dijalankan
  • Contoh: Kawasan tengah Semenanjung Malaysia, kawasan timur dan pedalaman Sabah, dan pedalaman Sarawak
Kawasan tanah tinggi
  • Seperti Tanah Tinggi Cameron, Ranau, dan Kundasang.
  • Mempunyai penduduk yang padat kerana dibangunkan sebagai kawasan pertanian tanaman hawa sederhana dan menjadi tarikan pelancong.
Tanih Aluvium
  • Sesuai untuk penanaman padi.
  • Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana.
  • Contoh : Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Kedah, dan lembah sungai perak.
Tanih Laterit
  • Terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun seperti di Johor amat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
  • Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana.

2. Dasar Kerajaan / Governan
  • Zon Perindustrian Bebas -Sungei Way, Bayan Lepas, Sama Jaya, Telok Kalong, Telok Panglima Garang
  • Pembangunan kawasan luar bandar    melalui Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Jengka, Felda Air Tawar, Felda Gugusan Sahabat
3. Pengangkutan Dan Perhubungan
  • Jaringan pengangkutan yang padat membantu perkembangan perniagaan, perdagangan, dan perindustrian
  • Jaringan pengangkutan memudahkan perpindahan barangan dari satu tempat ke tempat lain
  • Contohnya:
    • Pembinaan KLIA menyebabkan penduduk bertumpu di Sepang
    • Pembinaan Lebuh raya Utara-Selatan menggalakkan perkembangan kawasan Sungai Petani, Jelapang, Senai
4. Sosio Ekonomi
  • Kawasan penanaman padi - Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran Terengganu
  • Kawasan penanaman getah - Sekitar Seremban dan Lahad Datu
  • Kawasan penanaman kelapa sawit - Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan Tawau
  • Kawasan perniagaan dan perindustrian - Shah Alam, Petaling jaya, Pasir Gudang, Bayan Lepas, Bintulu
5. Sumber Mineral
  • Perlombongan bijih timah - Lembah Kinta
  • Perlombongan petroleum dan gas asli
  • Kerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleum
  • Bintulu menjadi pusat pencairan gas asli

6. Perkhidmatan Dan Pendidikan
  • Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk.
  • Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan.
  • Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
  • Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagaan dan perdagangan) danTanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk.
  • Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.


UNIT   8
PERUBAHAN PENDUDUK


SUB TAJUK:

8.1 : Objektif
8.2 : Pengenalan
8.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Malaysia
·         Kadar Kelahiran
·         Kadar Kematian
·         Migrasi
            8.4 : Perubahan Penduduk Malaysia Pada Masa Depan
            8.5 : Rumusan

8.1
OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :
  • Mendefinisikan perubahan penduduk
  • Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi
  • Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi
  • Merumus tentang perubahan penduduk negara Malaysia pada masa depan berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi
8.2
PENGENALAN

  • Sesebuah negara mengalami perubahan penduduk dari masa ke semasa.
  • Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara.
  • Perubahan boleh menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik.
  • Contoh :
    • Penduduk negara Malaysia pada tahun 1970 ialah 10.81 juta orang. 
    • Pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 23.27 juta orang.
    • Dalam tempoh 30 tahun, penduduk negara Malaysia telah meningkat sebanyak 12.46 juta orang.
8.3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN PENDUDUK MALAYSIA

1. Kadar Kelahiran

  • Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan  tahun  berkenaan  bagi  setiap 1 000 penduduk.
  • Kadar tersebut dikenal sebagai kadar kelahiran kasar.
  • Faktor-faktor yang  mempengaruhi kadar kelahiran
                                i.            Peranan  kerajaan dan  Dasar Kependudukan Negara
                              ii.            Peningkatan taraf pendidikan
                            iii.            Peningkatan taraf pendidikan
                            iv.            Keadaan ekonomi yang baik
                              v.            Kos hidup yang tinggi
                            vi.            Amalan perancangan keluarga
                          vii.            Sosiobudaya dan agama

2. Kadar Kematian

  • Kadar kematian ialah jumlah kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.
  • Kadar ini dikenal sebagai kadar kematian kasar.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian
                                i.            Kemudahan perubatan
                              ii.            Dasar kerajaan (kawalan penyakit)
                            iii.            Bekalan makanan
                            iv.            Peningkatan  dalam larat pendidikan dan program kesihatan
                              v.            Bencana alam
                            vi.            Keadaan politik

3. Migrasi

  • Migrasi ialah perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara tetap atau sementara.
  • Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :
    1. Migrasi dalaman
    2. Migrasi antarabangsa
  • Kawasan yang penduduknya berpindah keluar akan mengalami pengurangan penduduk.
  • Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan  mengalami  pertambahan penduduk
8.4
PERUBAHAN PENDUDUK MALAYSIA PADA MASA DEPAN

Ciri-ciri Penduduk Masa Kini

  • Kadar kelahiran menurun daripada 28 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1990 kepada 23.5 orang pada tahun 2001.
  • Kadar kematian menurun daripada 4.6 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1990 kepada 4.4 orang pada tahun 2001.
Ciri-ciri Penduduk Masa Depan

  • Kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian, binaan dan perkhidmatan.
  • Peningkatan jumlah warga tua.
  • Kemasukan buruh asing.
  • Peningkatan kos rawatan dan kesihatan
Langkah-langkah

  • Galakan pada pasangan suami isteri supaya mempunyai keluarga besar.
  • Menggunakan robot dan jentera di kilang.
  • Perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak.
  • Meningkatkan usia persaraan.
  • Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.









No comments:

Post a Comment